Karlsruhe Institute of Technology (KIT) menerusi jurnal Energy Technology telah mengeluarkan laporan percubaan terbaharu untuk menjana tenaga elektrik melalui cermin mata gelap. Percubaan ini menggunapakai panel solar separa lutsinar yang diterapkan kepada lensa seterusnya ke mikropemproses untuk janaan kuasa elektrik bagi kegunaan masa depan.

Cermin mata dengan litar mikropemproses yang mampu menjana kuasa elektrik untuk kegunaan masa depan - Kredit KIT



Menurut Dr Alexander Colsmann, Saintis di Institut Kajian Cahaya KIT, kacamata solar berkuasa elektrik ini turut mampu mengukur, memapar dan mengenalpasti keamatan cahaya dan suhu suasana sekitar.

Jelas beliau, kacamata suria ini merupakan kajian awal yang boleh dijadikan contoh untuk kajian masa depan berkaitan sel solar yang memungkinkan penggunaannya di cermin bangunan sebagai salah satu langkah efektif menggunakan ruang dan mesra alam.