Kajian baru yang dilaporkan Scientific Report baru-baru ini menunjukkan ada hubungan antara kemurungan dengan struktur bahan putih di otak manusia. Penyelidikan yang dibuat oleh Universiti Edinburgh, Scotland kepada 3,461 individu menjadikan dapatan ini antara yang paling besar dalam sejarah di pangkalan data UK Biobank.



Penyelidik di Universiti Edinburgh mendapati bahawa masalah putih otak adalah lebih rendah pada individu yang mengalami kemurungan. - Kredit Foto: X. Shen et al. / Scientific Reports

Proses pencitraan resonans magnetik (MRI) digunakan untuk memetakan secara terperinci serat-serat di otak dan perbandingan dibuat antara individu sihat dengan individu yang mengalami kemurungan, mendapati terdapat perbezaan kualiti dalam serat putih yang ketara antara dua kumpulan individu tadi.


Justeru itu, Heather Whalley yang mengetuai pasukan ini memberitahu, terdapat keperluan mendesak untuk memberikan rawatan untuk kemurungan serta pemahaman yang baik dalam pemahaman lebih untuk kaedah rawatan yang lebih berkesan. Ini kerana kemurungan merupakan wabak yang menjangkiti lebih 40 juta orang dewasa yang membabitkan 18 peratus populasi dunia ketika ini.