RIO DE JANEIRO - Raja pecut, Usain Bolt dari Jamaica sekali lagi meraih pingat emas apabila menjuarai acara lari 200 meter tiga kali berturut-turut dalam Sukan Olimpik.
Bolt gagal memecahkan rekod Olimpik mahupun rekod dunia yang dipegangnya apabila membuat catatan masa 19.78 saat di tempat pertama, manakala Andre de Grasse dari Kanada membawa pulang pingat perak dan atlet pecut Peracis, Christophe Lemaitre di tempat ketiga.
Kini hanya tinggal satu lagi misi yang mahu disempurnakan Bolt iaitu mendapatkan pingat emas dalam acara 4x100m lari berganti-ganti bagi melengkapkan tiga emas dalam tiga temasya yang sama berturut-turut.