Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada pemimpin parti itu akan dipecat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT), petang ini.
"Saya tidak dimaklumkan dan tidak pernah dibincangkan adanya pemecatan atau sebagainya. Tidak pernah.
"Jadi janganlah buruk sangka atau melakukan spekulasi terhadap perkara-perkara berkenaan," katanya kepada media di Putrajaya pada Selasa.