1Malaysia Development Bhd menyuarakan rasa kesalnya ke atas kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang seolah-olah menyebut syarikat pembangunan strategik itu sebagai penyebab ringgit lemah.

 
“Penyusutan nilai ringgit dan mata wang lain disebabkan oleh kejatuhan mendadak minyak mentah, unjuran kadar peningkatan kadar faedah US serta kelembapan ekonomi dunia dalam pasaran pesat membangun. Berdasarkan fakta sejarah, belum ada satu syarikat pun yang dikaitkan sebegitu rupa kepada nilai ringgit. Kami yakin fakta yang dikongsi oleh 1MDB dan penjelasan segera yang dikeluarkan setakat ini, akan memberikan penjelasan dan jaminan kepada semua pihak berkepentingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
1MDB berkata, nilai aset syarikat itu adalah melebihi hutangnya.Tambahan pula, Zeti menyedari bahawa 1MDB sentiasa memenuhi, tanpa ingkar, obligasi pembayaran asas dan kadar faedah, kepada peminjam domestik dan asing