Bikini atau pakain renang wanita sentiasa menjadi perhatian. Tahukah anda bahawa bikini yang dipakai pada era 1890an hanyalah dalam bentuk dress yang dipakai untuk berbasahan?



Satu video mengenai kompilasi bikini sejak 1890an sehingga kini telah viral di internet dan mendapat lebih 4juta tontonan sejak ia dimuat naik. Video ini dimuat naik dan digayakan oleh Amanda Cerny.

Menariknya, pakaian renang wanita semakin hari semakin kurang kainnya malah wanita diasak untuk berbadan kurus atau mempunyai bentuk badan yang 'sesuai untuk pakaian renang' menjadikan ia satu tekanan baru buat wanita zaman ini.