Bekas pegawai kanan FIFA, Chuck Blazer mengakui telah menerima suapan dalam usaha menyokong negara penganjur bagi Perlawanan Piala Dunia FIFA edisi 1998 dan juga 2010.


"Saya mengaku, sekitar tahun 1992 saya membantu dengan menerima suapan dalam memilih negara yang bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA untuk tahun 1998" katanya kepada Hakim Raymond Dearie dalam pendengaran kes pada November 2013.

Setakat ini Afrika Selatan yang menjadi tuan rumah pada 2010 menafikan kenyataan terbabit manakala Perancis belum memberi apa-apa respon berkaitan dakwaan memberi rasuah.