Alan Lawrence, seorang bapa dari Utah, Amerika Syarikat terkenal dengan blognya berkaitan membesarkan anak down syndrome telah menarik perhatian ramai.



Sempena hari down syndrome sedunia baru-baru ini, Alan, telah 'menerbangkan' anaknya Wil yang dilahirkan mengalami sindrom down bagi membuka mata orang ramai tentang kesedaran mengenai keunikan pesakit terbabit.

Dalam temubualnya di saluran ABC, Alan menyifatkan kenangan itu akan disimpannya untuk membuktikan anak sindrom down mampu melakukan sesuatu yang berimpak besar!