Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) masih meneruskan siasatan berkaitan kes penyebaran berita palsu banjir melalui pelbagai platform utama media sosial. Kes yang mula dilaporkan hujung Disember lalu ini terus mendapat perhatian SKMM sehinggakan 21 individu dipanggil untuk memberi penerangan pada 10 Januari lalu.
Mereka dipanggil untuk memberikan keterangan di pejabat SKMM, Cyberjaya. Dalam kes ini SKMM telah bekerjasama dengan pihak PDRM dan berjaya mengenalpasti 10 kes berita palsu banjir.
Seorang individu telah ditahan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akibat kes ini. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM50 ribu atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.