Pelakon antarabangsa Jackie Chan yang menerima pingat yang membawa gelaran Datuk kerana sumbangannya dalam mempromosikan Malaysia dan Kuala Lumpur khususnya menerusi filem popularnya, "'Police Story 3' pada tahun 1992 selain memiliki bilangan peminat yang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor.
Kata Tengku Adnan, Jackie Chan adalah seorang pelakon yang mempunyai ramai peminat di Malaysia dan boleh menaikkan nama Malaysia dan Kuala Lumpur terutamanya.
Kenyataan yang dibuat menerusi akaun Twitter itu dibuat susulan kekecohan di media sosial yang mempersoalkan tindakan kerajaan menganugerahkan gelaran tersebut kepadanya.