"Tiada bukti dijumpai yang mampu mengaitkan kemalangan pesawat penerbangan AirAsia dengan perbuatan pengganas." kata Pegawai penyiasat Indonesia.
Andreas Hananto berkata demikian setelah pasukan penyiasat beliau memeriksa rakaman suara kokpit pesawat Airbus A320-200 tersebut.
"Rakaman menunjukkan bahawa juruterbang sedaya upaya mengawal keadaan,kami tidak mendengar sebarang bunyi tembakan atau letupan. Buat masa ini, tidak terdapat sebarang kemungkinan aksi pengganas berlaku," tambahnya.