Pemain bola sepak Inggeris berusia 34 tahun yang juga kapten kelab Liverpool FC, Steven Gerrard mengakui tindakan berpindah dari kelab kesayangannya itu adalah satu keputusan paling sukar dalam hidupnya.
Gerrard yang menjadi tumpuan di media sosial kebelakangan ini mengesahkan menamatkan kontraknya bersama The Reds tahun ini selain dikatakan bakal berpindah ke liga Amerika Syarikat pada penghujung musim Liga Inggeris (EPL) berakhir.
Gerrard mengakui memilih untuk bersama kelab selain dari Liga Inggeris kerana tidak mahu bertembung dalam perlawanan menentang Liverpool selain sudah menyumbangkan 180 gol dalam 695 perlawanan untuk LFC.