Pelakon Kamal Adli menyifatkan tuduhan pihak yang menuduhnya punca berakhirnya hubungan cinta antara aktres Emma Maembong dan Zizan Razak sangat tidak masuk akal.
Kamal turut mengakui terkejut dengan berita tersebut dan menegaskan bahawa dia dan Emma tidak mempunyai sebarang hubungan selain tidak tahu punca gosip itu tersebar.
Tambah Kamal, buat masa ini dia tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dan lebih fokus terhadap kerjayanya dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan sesiapa.