Pemangku Ketua Perwakilan JICA Pejabat Malaysia, Kyoko Okubo berkata kajian itu penting untuk membantu negara Asean menghadapi sebarang bentuk bencana alam berikutan tsunami di Lautan Hindi yang melanda 10 tahun lepas.
Katanya, melalui kajian ini, JICA akan mencadangkan sistem koordinasi yang lebih baik dalam kalangan negara Asean untuk memperbaiki sistem perubatan kecemasan semasa bencana melanda.