"Inilah masa syarikat korporat keluar menghulurkan bantuan kerana jumlah yang hendak ditanggung kerajaan amat besar. Pasca banjir adalah peringkat paling sukar dihadapi dan memerlukan kerjasama serta bantuan pelbagai pihak."
Itu harapan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang meminta syarikat korporat di negara ini disaran supaya tampil menghulurkan sumbangan kepada beberapa buah negeri terjejas banjir baru-baru ini, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
Jelasnya, bantuan itu akan dapat meringankan beban mangsa yang sangat memerlukan khususnya ketika pasca banjir.