Selama dua hari bermula Isnin depan, seramai 200 pelajar dari 19 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijangka menyertai Persidangan Parlimen Mahasiswa Pertama sesi 2015 di bangunan Parlimen.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, inisiatif itu juga dilihat bakal menggilap bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar sebagai pemimpin masa depan yang berkualiti.
Program anjuran Mubarak bersama-sama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kementerian Pendidikan itu akan dikendalikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.