Video: Bumi lebih terang sempena Krismas
Sempena sambutan Krismas lebih kurang seminggu lagi, ramai yang mula menghias rumah dengan lampu yang indah serta menarik. Namun, tahukah anda, keadaan ini dapat dirakamkan dari angkasa?
NASA melaporkan menerusi imej satelitnya bahawa beberapa bandar utama menunjukkan pertambahan keamatan cahaya sekitar 20 ke 30 peratus. Bagi beberapa kawasan terutamanya sekitar sub-urban, peningkatan keamatan cahaya ialah pada sekitar 50 peratus!
Laporan ini turut menampilkan analisis di lokasi yang dikatakan lebih ramai penganut Kristian. Warna hijau dalam peta ini menunjukkan lokasi di mana peningkatan keamatan cahaya melebihi 50 peratus.