Antara tips menyelamatkan barangan elektrik selepas banjir adalah mengumpul semua peralatan elektrik dan jangan sesekali cuba menghidupkannya selain perlu membersihkan lumpur-lumpur dan kotoran yang melekat pada peralatan elektik tersebut dengan pancutan air.
Anda perlu membuka penutup atau apa-apa sahaja yang boleh dibuka contoh kipas meja selain membuka penutup belakang dan menyembur air untuk mencuci kotoran yang masuk di dalamnya, harus diingat, jika terdapat kotoran degil gunalah benda-benda lembut seperti span untuk mencuci dan jangan sesekali menyental dengan kasar.
Kemudian, selepas rasa sudah bersih, jemur peralatan tersebut di bawah cahaya mata hari sehingga betul-betul kering dan mungkin dalam masa dua sehingga tiga hari sebelum memasang semula peralatan kemudian mencuba sama ada peralatan itu hidup atau sebaliknya, seandainya tidak hidup, anda boleh memikirkan untuk membeli barang elektrik yang baharu.