Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengumpul segala maklumat mereka yang menyebarkan berita palsu berkaitan banjir yang melanda negeri ini, supaya tindakan dapat diambil termasuk didakwa di mahkamah.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hasil maklumat yang dikumpulkan itu akan diserah kepada pihak Peguam Negara bagi tujuan pendakwaan.
SKMM sebelum ini mencari Mohd Zulkifli Ismail (No MyKad: 821125-03-5687) dan alamat terakhir di 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan dan Roslina Hassan (No MyKad: 741228-03-6172) alamat terakhir di 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang, Tengku Roslina Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870) beralamat di Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan dan Ahmad Wafiuddin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129) dan beralamat terakhir di Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan kerana menyebar berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.