Penolong Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Penolong Pesuruhjaya (PPj), Mohan Munusamy, 43, akan menjadi pegawai kedua berkhidmat di Interpol, Perancis selepas Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Mohd Hafaz Nazar sejak Disember 2011.
Ia sekali gus membuktikan SPRM diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila Mohan dipilih untuk bertugas di Jabatan Antirasuah di Interpol sebagai Pegawai Perisikan Jenayah selama tiga tahun.
Penempatan pegawai SPRM di Interpol untuk kali kedua membuktikan keyakinan pertubuhan itu terhadap pengalaman dan kebolehan pegawai-pegawai SPRM sendiri.