Ketua Badan Cari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) memberi jangkaan pesawat AirAsia yang hilang bersama 162 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan ke Singapura mungkin berada di dasar laut.
Ia berdasarkan koordinat yang telah didedahkan dan analisa yang menganggarkan kedudukan pesawat yang berada di sekitar lautan, kesimpulannya pesawat terbabit berada di dasar laut selain mengakui Indonesia tidak mempunyai 'kenderaan' seperti kapal selam yang diperlukan untuk membawa naik pesawat tersebut dari dasar lautan.
Bagaimanapun Indonesia tidak menolak kemungkinan untuk meminta bantuan daripada negara-negara yang telah menawarkan bantuan seperti United Kingdom, Perancis, dan Amerika Syarikat untuk kemudahan teknologi.