Profile Facebook Mark Zuckerberg diserang
Profile Faceboook Mark Zuckerberg diserang pengguna platform tersebut selepas kebanyakan pengguna mula mengambil peluang untuk memberikan komen termasuk sticker, foto dan juga imej "meme" lain kepada profile pengasas Facebook itu. Menurut tinjauan, serangan tersebut kebanyakannya datang daripada pengguna sekitar Brazil.
Kejadian ini dijangkakan berpunca daripada peraturan Facebook yang mengehadkan akses kepada Facebook Page namun, ianya masih belum dapat dipastikan.
Namun, kejadian troll ini mungkin juga sebahagian daripada tanda protes pengguna ke atas dasar yang dibawakan Facebook sebelum ini. Akan tetapi, ia mungkin juga diakibatkan oleh tindakan yang diambil oleh Facebook kepada spammer. Kita nantikan apa hasil siasatan daripada pihak Facebook.