Kenderaan tukang paip Amerika kini berjuang di Syria
Seorang tukang paip dari Texas terkejut dengan kelibat kenderaan yang pernah menjadi miliknya dilaporkan berada di Syria sebagai kenderaan yang membawa senjata anti pesawat.
Jeff Oberholtzer turut kesal kerana tidak mengeluarkan logo syarikat pada kenderaannya sebelum ia dijual kepada pemilik baru. Dia yang kini disiasat oleh polis tempatan selepas foto kenderaannya mula viral di alam maya.
Trak Ford F-150 miliknya dilapor menjadi kenderaan anti pesawat milik Jaish Al-Muhajir Wal-Ansar di Syria. Pasukan terbabit dikatakan antara pejuang Negara Islam (IS) yang kini menghuru-harakan keadaan politik di Syria.