Kapal Angkasa Orion yang memiliki rupabentuk Apollo yang pernah mencipta sejarah suatu masa dahulu berjaya dilancarkan untuk penerbangan percubaannya. Kapal angkasa itu dilancarkan dari Stesen Penerbangan Cape Canaveral terus ke orbit pada ketinggian 3600 batu iaitu 15 kali ganda lebih tinggi dari Stesen Angkasa Antarabangsa.



Penerbangan percubaan ini akan mengambil masa 4 jam yang mana Kapal Angkasa Orion akan mengorbit bumi sebanyak 2 kali sebelum kembali ke bumi.

Ujian ini penting dalam memberi petunjuk keselamatan angkasawan yang bakal dibawa untuk program angkasa lepas terbaru Amerika Syarikat.