Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Ahmad Maslan berkata, peniaga kini diminta menurunkan harga barang keperluan harian memandangkan harga barang masih tinggi dan belum diturunkan walaupun harga bahan api sudah diturunkan sebelum ini.
Kerajaan juga mengenal pasti 10 syarikat yang mendominasi 80 peratus pasaran barangan keperluan di Malaysia, untuk berbincang menurunkan harga barangan.