Saintis di Denmark telah mencipta satu jenis bahan yang mampu menyerap, menyimpan dan mengeluarkan jumlah oksigen yang besar. Bahan tersebut dimanipulasikan kumpulan saintis terbabit menggnakan struktur molekul kobalt.


Bayangkan dengan hanya sebaldi bahan dalam bentuk bijirin, ia mampu menampung kandungan oksigen untuk sebuah bilik. Ia bukan sahaja mampu memberi dimensi baru dalam bidang perubatan, malah untuk tujuan rekreasi umpamanya, aktiviti skuba.

Namun, kajian ini belum bersedia sepenuhnya untuk kegunaan komersial kerana ujian ke atas kandungan ini masih giat dijalankan.