Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia mengesahkan 95 peratus serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.
penemuan serpihan pesawat tersebut berada di koordinat 03.52,50 Selatan dan 110.30,53 Timur sementara serpihan kedua, 03.52,73 Selatan dan 110.30,18 Timur dan serpihan ketiga, 03.53,62 Selatan dan 110.29,39 Timur di perairan Pangkalan Bun.
Maklumat tersebut adalah dapatan daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melihat serpihan tersebut secara langsung.