Persidangan APEC yang berlangsung di China terus mendapat perhatian meluas media sosial dengan pelbagai adegan yang mendapat perhatian dunia.
Antara yang paling mendapat tempat di mata rakyat Malaysia ketika ini ialah video Datin Seri Rosmah Mansor yang tersalah kedudukan untuk sesi foto bersama Presiden China dan isteri.
Video yang dimuat naik pengguna "Orang Ni' terus mendapat jumlah share yang tinggi hingga mencatat hampir 700 ribu tontonan di Youtube sejak dimuat naik pada 12 November lalu.