Terbaru, menerusi kemaskini di laman rasmi FB Johor Southern Tiger, satu stadium padang tiruan tertutup bakal dibina berdekatan dengan Dataran Bandaraya Johor. Stadium bersaiz sebenar yang memenuhi spesifikasi yang ditetapkan FIFA ini turut menempatkan sebuah Pusat Perubatan khas untuk atlet di sana.
Projek yang dijangka siap menjelang Disember 2015 ini bakal menambah cemburu peminat pasukan lain ke atas JDT memandangkan inisiatif ini mampu mengangkat kedudukan pasukan ini dalam usaha memodenkan pengurusan bolasepak di Malaysia. Malaysia Boleh!