Chong Wei telah tunjukkan satu persembahan yang bersemangat dan saya harap beliau tidak putus asa kerana dia masih lagi menjadi harapan terbaik negara untuk dapat pingat emas di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, kata kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin ketika mengulas kekalahan Lee Chong Wei kepada pemain pilihan kedua, Chen Long dari China 19-21 dan 19-21 dalam final perseorangan lelaki dalam Kejohanan Dunia yang berlangsung di Copanhagen, Denmark.
Meskipun Chong Wei gagal memenangi gelaran juara khidmat beliau terhadap negara tiada bandingnya selain disifatkan kesungguhan yang ditonjolkan pemain nombor satu dunia itu dalam usaha merealisasikan harapan peminat negara.
Dalam perlawanan yang berlanjutan selama satu jam sembilan minit itu, Chong Wei kelihatan memberi harapan untuk menang kepada para peminat namun lawannya lebih menonjol dan bersedia untuk menerima gelaran terbesar itu bagaimanapun sejak tahun 2012 layak ke final namun selepas tiga tahun berturut-turut masih belum berupaya merebut gelaran juara Kejohanan Dunia.