Kesemua sembilan parti di Indonesia, semalam mengundi untuk mengesahkan perjanjian Asean mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang dibuat bertujuan mengatasi masalah jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan.
Jurucakap di Parlimen memaklumkan Jakarta telah melancarkan beberapa operasi untuk pencegahan, mitigasi kebakaran hutan dan jerebu serta aktiviti pemulihan di peringkat kebangsaan."Bagaimanapun, kerjasama negara Asean lain diperlukan untuk menangani pencemaran tersebut," tambah jurucakap tersebut.
Pada 2002, Asean meluluskan Perjanjian Jerebu Rentas Sempadan dan Indonesia adalah satu-satunya negara anggota yang tidak mengambil langkah itu secara rasmi.Pendirian tersebut turut dikecam negara jiran yang dicemari jerebu akibat pembakaran hutan di negara itu pada setiap tahun.