Kehadiran iOS8 yang memberikan lebih banyak fungsi kesihatan serta penambahbaikan lain telah menjadikan sistem operasi kali ini memerlukan lebih 1GB storan untuk proses kemaskininya. Ini adalah jumlah storan yang lebih tinggi berbanding kemaskini yang pernah dibuat Apple ke atas sistem operasinya sebelum ini.
Hakikatnya, kemaskini ini tidak mendatangkan isu kepada pengguna iphone dengan storan lebih 16GB.. Tetapi, bagi pengguna iphone 5C dengan storan hanya 8GB dan 16GB, bukanlah satu tugas mudah untuk mengeluarkan data sebanyak lebih daripada 1GB untuk tujuan kemaskini ini. Namun, apa pun, pastikan semua data anda disimpan pendua atau backed up sebelum kemaskini demi kelangsungan data anda.