Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengecam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai tindakannya menangkap 156 peserta Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang tidak bersalah semasa mereka menghadiri perarakan tahunan sambutan Hari Kemerdekaan di negeri itu.
Dalam satu mesyuarat yang diadakan pada Isnin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menganggap semua 156 peserta PPS yang ditahan adalah wira masyarakat Pulau Pinang kerana melakukan kerja-kerja
amal yang baik selain menyifatkan tugas PPS adalah untuk membantu kerja bantuan bencana dan kecemasan serta memberikan segala bantuan kepada pihak polis jika diperlukan.
Jelasnya, PPS adalah badan yang sah diluluskan oleh kerajaan negeri menerusi mesyuarat EXCO pada 8 April 2009. Cara PPS diluluskan adalah sama dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ataupun JKKK(P) yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum 2008.