Kemarahan negara Barat ke atas penguasaan kumpulan Negara Islam di sempadan Iraq dan Syria (ISIS) terus membara apabila Amerika Syarikat terus melancarkan serangan udara ke atas kumpulan terbabit berhampiran ibu kota Iraq.



Amerika Syarikat yang dalam kempen ketenteraan ke atas kumpulan ini mula membuat serangan pada Ahad di barat daya Baghdad dan dekat Gunung Sinjar sejak Ahad lalu. Selain AS, Britain, Perancis, dan beberapa negara lain turut terlibat dalam kempen ketenteraan ini.

Terdahulu, wartawan dari Amerika Syarikat dan seorang dari Britain disembelih kumpulan Negara Islam (IS) selepas mereka berusaha berada di sekitar negara Syria untuk laporan berita terkini keadaan di sana.