Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyeru sesetengah sesetengah peniaga untuk tidak menaikkan harga barang sekarang kerana menjangka beberapa barangan bakal mengalami penurunan harga setelah cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai 1 April tahun depan.
Ujarnya, beberapa aduan ada peniaga yang menaikkan harga diterima melalui khidmat pesanan ringkas dan aplikasi WhatsApp yang meminta kerajaan memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu kerana pelaksanaan GST bukan bertujuan untuk membebankan rakyat.
Katanya, ada peniaga berkenaan juga dilihat sudah menaikkan harga sebanyak 10 peratus sedangkan GST yang akan dikenakan hanya pada kadar enam peratus.