Rakyat perlu dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan kemerdekaan negara bagi memastikan nikmat kemerdekaan terus kekal selama-lamanya.
Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata, sungguhpun negara dibebani pelbagai dugaan termasuk mendapat ancaman dalang dalam negara, rakyat seharusnya memberi kerjasama kepada kerajaan secara berterusan agar perpaduan dan keamanan negara terus kekal.
Jelasnya, kepimpinan enam Perdana Menteri dalam membangunkan negara sehingga mampu mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi sejak 57 tahun lalu perlu dipertahankan sampai bila-bila selain golongan belia perlu menerapkan semangat patriotisme dalam diri masing-masing.