Kejadian mula dilaporkan jam 9:46 malam Isnin dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor bergegas ke tempat kejadian.
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, kemalangan itu berlaku membabitkan runtuhan konkrit di tapak pembinaan landasan MRT dan sehingga kini 3 dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan. Siasatan masih giat dijalankan dari masa ke masa.