Agger yang telah melakukan lebih 230 penampilan bersama The Reds kembali ke bekas kelabnya di Denmark itu menyatakan bahawa 'ia merupakan waktu terbaik untuk pulang ke tanah air.'
"Liverpool telah menjadi sebahagian besar daripada hidup saya dan adalah amat sukar untuk meninggalkan kelab yang sangat saya cintai ini. Terima kasih kepada semua dan saya akan sentiasa kekal sebagai peminat dan penyokong setia Liverpool sampai bila-bila."