Berita kononnya seorang pelajar darjah satu Sekolah Kebangsaan Tajung Tokong, Georgetown, Pulau Pinang ditampar pipi oleh gurunya sehingga berbekas adalah palsu belaka.
Ia dijelaskan oleh warga media sosial yang mengkaji hal ini dan menurut mereka, pipi pelajar tersebut sebenarnya adalah alahan bukan kesan ditampar.
Ayah kepada pelajar tersebut yang sebelum ini terus membuat laporan polis tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu mungkin akan menanggung malu kerana perbuatan terburu-burunya itu. Difahamkan, guru itu kini membuat laporan polis di atas perbuatan fitnah yang dikenakan ke atasnya oleh keluarga pelajar berkenaan.