Di Maria yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain dan Manchester United, telah menolak kontrak baru bersama juara Eropah 10 kali itu.
Bagaimanapun sekiranya tiada kelab yang ingin mendapatkan khidmat tonggak Argentina itu sehingga jendela perpindahan ditutup, Di Maria akan terus kekal bersama Real Madrid.