Twitter kini memperkanalkan analytics untuk membolehkan pengguna menganalisis tuit yang dikeluarkan mereka. Dengan keupayaan terbaru ini, setiap impression untuk tweet yang dikeluarkan mampu dianalisis bagi mengenalpasti sasaran tuit berkaitan.


Keupayaan terbaru ini banyak membantu para pengiklan untuk memastikan setiap tuit berbayar tepat kepada sasaran pasaran mereka.

Pada Jun lalu, Twitter membuat eksperimen dengan membuka keupayaan analytic ini kepada pengguna. Kini, semua pengguna Twitter boleh mengakses serta menganalisis tuit mereka menerusi laman http://analytics.twitter.com